Thursday, July 20, 2006

hidup dalam ego... dan... ego dalam hidup...

susah sangat ke nak mengaku yang kita ni ada ego... susah sangat ke nak mengaku yang hidup kita ada ego... walau tak nampak dalam diri sendiri... tapi kita akan nampak pada diri orang lain... yang jadi persoalan... kenapa nampak ego orang saja... kenapa tak tengok dalam diri sendiri dan bertanya... "Egokah Aku...?"

senario 1... - lelaki
anda keluar makan bersama pasangan dan terlupa bawa duit untuk bayar harga makanan...
lalu anda berkata "you bayar dulu... i lupa bawa wallet... nanti i bayar u balik..."

adakah anda ego...?
BUZZ.!! .. anda ego...

senario 2... - perempuan
anda menjawap dengan berkata "takpe la... i bayar... asyik you je belanja i..."

adakah anda ego...?
BUZZ.!! .. anda ego...


pernahkah senario tersebut terjadi pada kita...? kalau pernah... maka kita terpaksa mengakui bahawa diri kita sebenarnya mempunyai ego... sama ada tinggi atau rendah... terpulang pada persepsi masing-masing....

mungkin ada yang tak bersetuju kenapa kedua-dua jawapan tersebut di kategorikan sebagai ego... hmm... tak mengapa... jawapannya akan muncul suatu hari nanti... ;-)

ada yang mengatakan bagus mempunyai ego... dan ada yang mengatakan sebaliknya.... tapi bagi deathcupid... kedua-dua nya benar... kita harus mempunyai ego... dari ego.. kita dapat meletakkan di mana diri kita... cuma ego kadang-kadang boleh mengakibatkan perkara yang tak di jangka berlaku...

Ego..
perlukah engkau dalam hidup ku..
menjadi penyebab keteguhan hatiku..
membawa bahagia dalam perhubunganku..
atau.. sekadar melengkapkan... siapa aku..

Ego..
aku kadang-kala tak mengerti..
setiap kali kau berada di sisi..
adakah untuk membela diri..
atau.. sekadar merosakkan hati..

Ego..
aku berharap suatu hari nanti..
agar hidup terus harmoni..
membawa aku ke jalan yang pasti..
sehingga terkawal segala emosi..

dEaThCuPid de' QuoTe


berusaha la kita menempuh segala halangan... yang baik dan yang buruk... jangan kita lari dari masalah... jangan kita lari dari kesilapan... masalah menjadikan kita lebih matang... dan kesilapan mengajar kita supaya menjadi lebih baik... bersyukurlah kita kepada tuhan... sekurang-kurangnya... kita masih di beri akal yang waras untuk berfikir... masih di beri nafas untuk terus hidup...

moga kesabaran menjadikan kita lebih cekal... kecekalan menjadikan kita lebih matang... kematangan menjadikan kita insan yang lebih sempurna... dan kesempurnaan itu datangnya hanya dari yang Maha Esa...


dEaThCuPid de' wRoTe

0 Comments:

Post a Comment

<< Home