Tuesday, August 08, 2006

antara kain hitam... dan kain putih...

sebilangan besar dari kita... tanpa di sedari sebenarnya gemar menunding jari pada kesalahan orang lain... sama ada yang nampak nyata... atau pun sebaliknya...

tak kurang juga yang sengaja mencari kesalahan tersebut... walhal dalam masa yang sama... mereka juga tidak kurang salahnya... cuma faktor masa, tempat dan cara yang membezakannya...


topik kali ini mungkin sensitif... kerana mungkin menyentuh peribadi segelintir dari kita... tapi jauh di sudut hati... deathcupid tidak cuba untuk menghangatkan suasana atau cuba untuk menyakitkan hati sesiapa... apa yang di tulis adalah hasil nukilan peribadi deathcupid sendiri yang entah betul entah tidak... :-)

dua minggu yang lalu... deathcupid berpeluang duduk semeja dengan beberapa orang kenalan yang sudah agak lama tidak berjumpa... topik perbualan awal cuma menjurus pada kenangan-kenangan lama... ada yang menggembirakan... dan ada yang menyedihkan...

deathcupid tertarik apabila mereka mula memperkatakan tentang politik... walaupun deathcupid bukan seorang yang arif tentang politik... tetapi antara fakta-fakta yang di kemukakan oleh mereka... memberi peluang untuk deathcupid berfikir... berfikir tentang... perbezaan antara kain hitam dan kain putih...

asyik sungguh mereka menyangkal segala tindakan yang dilakukan oleh pihak atasan... bagi mereka semuanya tidak betul... semuanya salah... dan dengan relanya mereka memberi berbagai-bagai jalan penyelesaian yang lebih patut dari kacamata mereka... dan deathcupid cuma tekun mendengar... :-)

deathcupid tidak akan membahaskan semua yang mereka sangkalkan... tapi lebih tertarik kepada apa yang tersirat di sebalik kata-kata mereka apabila mereka perkatakan tentang... 'orang dalam'...

'orang dalam' satu istilah yang cukup sinonim dalam memberi bantuan dari berbagai segi mengikut keadaannya... setiap dari kita pasti pernah mendengarnya dan ada yang amat arif tentang maksudnya...

ada juga yang menggantikan perkataan tersebut dengan ayat lain... seperti 'connection' dan 'kabel' dan penggunaan ayat seperti 'lagi besar kabel lagi bagus' bermakna... lagi tinggi atau pentingnya kedudukan 'orang dalam' tersebut adalah lebih baik...

persoalannya... mengapa terjadi percanggahan pendapat tentang hal tersebut... kenapa ada yang suka... dan ada yang tidak... jawapannya mudah... kalau kita rajin berfikir... ;-)

kita cuba tafsirkannya dalam sudut yang berbeza... agar tidak terlalu tepat mengatakan tentang sesuatu atau seseorang...


tafsiran pertama: berapa ramai dari kita yang sedang beratur panjang di kaunter pembayaran... berharap yang kita boleh memotong barisan tersebut lalu terus ke hadapan... atau... dalam masa yang sama... tercari-cari... kalau ada yang anda kenal di bahagian dalam supaya dapat memudahkan kerja anda...

tafsiran kedua: anda pergi ke bank dan beratur panjang... lalu menyedari ada rakan anda yang anda kenal dan memanggil anda untuk terus ke kaunternya... berapa ramai dari kita yang akan terus beratur... dan berapa ramai dari kita terus ke kaunternya...


tafsiran ketiga: berapa ramai dari kita yang sudah mempunyai anak-anak yang sudah membesar berharap... yang kita mempunyai saudara-mara yang bekerja di universiti-universiti terkenal atau pun di bahagian-bahagian kemasukkan...

tafsiran keempat: berapa ramai dari kita yang bekerja... mendapat kerja dari iklan kekosongan jawatan di akhbar atau internet...


ada banyak lagi jenis tafsiran yang boleh deathcupid berikan... tetapi rasanya memadailah dengan empat sahaja... mungkin ada yang sudah faham... dan mungkin ada yang masih tercari-cari maksud yang cuba deathcupid sampaikan...

bagi deathcupid... apa saja yang kita lakukan... kita pasti mempunyai alasan kita yang tersendiri... bagi kita alasan itu cukup kuat untuk menyokong perlakuan kita... yang jadi masalah ialah apabila orang lain... menyalah tafsirkan perlakuan kita... orang lain tidak nampak sebab/kenapa kita melakukan perkara tersebut... yang hanya bermain di fikiran mereka adalah sebaliknya...

bukan nak menyalahkan sesiapa... atau memperbetulkan sesiapa... cuma... kadang-kala... kita perlu berhenti menunding jari pada orang lain... cuma berhenti sejenak dan berfikir... 'bagaimana kalau aku berada di tempat dia...' persoalan yang nampak mudah... tapi belum tentu semua orang dapat melakukannya...

bersamalah kita renungkan...

di akhir pertemuan itu... salah seorang di antara kawan lama tersebut berkata pada deathcupid...
'
eh... nak mintak tolong dengan kau la pasal surat sokongan untuk anak aku...'
dan seorang lagi berkata
'
a ah... aku pun nak mintak tolong kau pasal loan aku...'


dan... deathcupid hanya mampu tersenyum...... .....antara kain hitam dan kain putih...


"well... look who's talkin..."


dEaThCuPid de' wRoTe

3 Comments:

Anonymous Anonymous said...

terasa sehhhh....

6:05 AM, August 08, 2006  
Anonymous Anonymous said...

Well.. cable aku x besar.. huk huk huk..

8:04 PM, August 15, 2006  
Anonymous Anonymous said...

hmmm... selalu pun mcm tu ,,, selalu sangat org salah tanggap dengan apa yang i lakukan ,,, tapi kita tak bole juga nak kata apa sebab kemungkinan jugak dia ada 'alasan' dia sendirik untuk menyalahtafsirkan perlakuan & alasan kita tu...

cthnye: di opis, saya mengamuk2 kerana diberi komputer yg lembab n tak cukup spec ... tapi bos demand output yg humang aii... ikut sedap mulut dier je nak.. end up i felt stressed and mengamuk ... bila kita mengamuk bos kata kita nie jenis melawan, x bleh bagi keje lebih dah merungut ... so n so ... bila kita suarakan permasalahan kita.... bos .. pc tu mcm *toot* .... bos jwb lak .. oh kiter xde bajet nak beli yg baru. eh awak buat ape kat sini pi buat kije!

so solutionnye camne? in next post maybe?

7:54 PM, August 16, 2006  

Post a Comment

<< Home