Sunday, August 13, 2006

controlling the controller...

mungkin ada yang sudah menonton filem 'CLICK' di pawagam sekarang... mungkin ada juga yang sudah mendapatkannya dari internet...

sedutan dari filem tersebut...





bagi mereka yang sudah menonton cerita ini... pasti ramai yang berangan-angan untuk memilikinya... masing-masing terfikir... 'alangkah bagus... kalau aku mempunyai alat kawalan seperti itu... pasti aku dapat apa yang aku mahu...'

memang seronok kalau kita mempunyai kelebihan seperti itu... terasa seperti kita raja di dunia ini... tapi persoalannya... berapa ramai yang mampu untuk menggunakannya ke arah kebaikkan... berapa ramai yang berani jamin yang mereka tidak akan melakukan perkara yang salah...

deathcupid sendiri... sebagai insan biasa... tidak terkecuali darinya... pasti akan terlintas sesuatu yang di luar sifat kelaziman untuk di lakukan... ;-)

tapi... andai kata kita di beri anugerah untuk mempunyai kelebihan tersebut... apakah perkara pertama yang ingin kita lakukan... atau... apakah perkara yang paling penting yang kita mahu lakukan...

mungkin ada banyak perkara yang mampu di lakukan oleh alat kawalan tersebut... tapi cuba kita pecahkan kepada 3 perkara sahaja...

  • kehadapan (forward)
  • kebelakang (rewind)
  • gerak perlahan (slowmotion)

kehadapan
  • kalau kita mampu untuk terus pergi ke satu masa yang kita amat ingin lihat... adakah kita akan memilih suatu masa di mana...
    • kita ingin melihat siapakah yang bakal kita kahwini...
    • kita ingin melihat adakah anak-anak kita telah berjaya..
    • kita ingin melihat adakah kita akan menjadi seseorang yang disegani...
    • kita ingin melihat bagaimanakah kita akan meninggalkan dunia ini...
    • tidak disenaraikan...
kebelakang
  • kalau kita mampu untuk kembali ke satu masa yang amat bermakna dalam hidup kita sebelum ini... adakah kita akan memilih ketika kita...
    • kembali bermain pada zaman kanak-kanak yang dulu...
    • kembali kepada kekasih lama yang masih di ingati...
    • kembali di waktu kedua ibu bapa kita masih hidup...
    • kembali ke waktu di mana titik perubahan hidup bermula...
    • tidak disenaraikan...
gerak perlahan
  • kalau kita dapat melambatkan masa yang sedang kita lalui... di manakah dan bilakah masa yang terbaik yang ingin kita melakukannya...
    • ketika kita sedang mendengar khabar gembira...
    • ketika kita dalam percintaan...
    • ketika kita menerima anak kita yang pertama...
    • ketika orang tua kita hendak menghembuskan nafas yang terakhir...
    • tidak disenaraikan...
pasti seronok sekali kalau kita dapat melakukan perkara-perkara tersebut... mungkin kita berharap sangat ianya boleh bertukar menjadi kenyataan...

tapi hakikatnya... tidak mungkin...

kenapa deathcupid menghuraikan sesuatu yang tidak mungkin...?

jawapannya mudah... deathcupid bukan cuba untuk menggalakkan anda berangan-angan... tapi deathcupid sebenarnya... menggalakkan anda semua... menghargai apa yang terjadi dalam hidup...

dengan memilih satu daripada jawapan-jawapan di atas... sebenarnya kita mempunyai harapan dan impian yang ingin kita capai...

kalau anda memilih untuk ke masa hadapan untuk melihat kejayaan anak-anak anda... mungkin apa yang patut kita lakukan adalah bermula mendidik mereka dari sekarang... dengan harapan kita dapat melihat kejayaan mereka suatu hari nanti... begitu juga pilihan-pilihan yang lain...

setiap apa yang kita inginkan dalam pilihan tersebut sebenarnya merupakan apa yang bakal terjadi... sudah terjadi dan yg masih terjadi dalam hidup kita...

  • kita sepatutnya berusaha dengan keras untuk memastikan apa yang kita inginkan di masa hadapan...
  • kita sepatutnya mengenang masa lampau sebagai satu kejadian yang akan mengajar kita mengharungi hidup kita...
  • kita sepatutnya menghargai apa yang berlaku pada waktu ini... agar suatu hari nanti kita berasa bangga dengan apa yang kita lakukan...

biar apa pun yang kita lakukan... rancanglah dengan teliti dan wajar agar tidak merosakkan masa kini dan akan datang... kitalah yang mencorakkan kain dalam hidup kita... kalau hitam... maka hitam la dia... kalau putih... maka putih la dia...

rancanglah hidup kita dengan baik...agar semuanya berjalan lancar... :-)


'people do not plan to fail... they just simply fail to plan..'


dEaThCuPid de' wRoTe

2 Comments:

Anonymous Anonymous said...

Hanya Allah menentukan segalanya..
Bak kata lagu Jamal Abdillah..

Takdir penentu segala.. bahagia yg dicipta hanya seketika jaraknya..

Kekasihku.. berapakah lamanya...
Ketabahanku munkin akan pudar...

huk huk huk..
Falsampah yg falsafah..

8:08 PM, August 15, 2006  
Blogger Monsieur Myswissbank said...

Click? citer tuh? huhuhu.. I expect it to be a typical Adam Sandler's hilarious movie.. tapi bagi aku lagi banyak yang sedey dari yang menggelikan hati.. huhu nyesal lak aku tgk.. tak pasal2 aku terpikir pasal "KALAU" ... kalau la ini .. kalau la itu.. huhuhu... kalau la camni.. mesti tak camtu.. huhu...

Kalau aku tau citer tu camtu..

Well idup mesti terus.. go with the flow..

3:29 AM, August 16, 2006  

Post a Comment

<< Home