tiada sebarang perbincangan yang hendak deathcupid sampaikan dalam tajuk ini... cuma mengenangkan diri sendiri dan yang lain pastinya... tentang maksud di sebalik merdeka... dalam konteks yang luas... dan bukan maksud khusus amnya... :-)
dalam mencari kemerdekaan diri sendiri... kita terlupa di mana asal kita... di mana hala tuju kita... dan kita lupa siapa di sekeliling kita...
apa erti kemerdekaan... kalau kita bebas dari segalanya... tapi masih di belenggu oleh diri sendiri... ;-)
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan buat semua yang menyayangi tanahair mereka... - deathcupid salah seorang darinya...
kata-kata mereka yang terdahulu... "di mana bumi di pijak... di situ langit di junjung..."
there were a few comments that reach me saying that... some of my articles were heavily discuss and not reaching to their level of understanding... ;-)
then... I was thinking... maybe I should change the path for several occasion... and choose different topic to discuss... and so... lets we all try...
for a start... I will choose a topic related to personal improvement when it comes to knowing/dating a different species...
a question of... how do we react... how do we speak and so on... will be answers or perhaps discuss... I'm not trying to be cupid again... just want to cheers thing up a bit...
what you all should do... is giving me a case... a scenario... or an environment... if can... attach some details of what actually happen before... or present... Let see if we can find a solution for that or not... maybe the answer will not come from me... but others might... :-)
lets explore... lets the guys know... what is inside a woman brains... and lets the woman know... what is inside a guys heart... :-)
beware of the answer... as expect... the unexpected...
for You... secret admire... while I... admiring the secret...
luahan dari salah seorang pembaca...
secret-admire said...
hmmm... selalu pun mcm tu ,,, selalu sangat org salah tanggap dengan apa yang i lakukan ,,, tapi kita tak bole juga nak kata apa sebab kemungkinan jugak dia ada 'alasan' dia sendirik untuk menyalahtafsirkan perlakuan & alasan kita tu...
cthnye: di opis, saya mengamuk2 kerana diberi komputer yg lembab n tak cukup spec ... tapi bos demand output yg humang aii... ikut sedap mulut dier je nak.. end up i felt stressed and mengamuk ... bila kita mengamuk bos kata kita nie jenis melawan, x bleh bagi keje lebih dah merungut ... so n so ... bila kita suarakan permasalahan kita.... bos .. pc tu mcm *toot* .... bos jwb lak .. oh kiter xde bajet nak beli yg baru. eh awak buat ape kat sini pi buat kije!
so solutionnye camne? in next post maybe?
7:54 PM, August 16, 2006
menarik sekali luahan hati yang diberikan... :-)
deathcupid bukan cuba untuk memberi jawapan kepada soalan tersebut... tapi akan lebih menjurus kepada bentuk-bentuk perlakuan yang hampir serupa... dan boleh di jadikan contoh atau suatu garis panduan dalam menghadapi situasi tersebut...
deathcupid tidak cuba membetulkan mana-mana pihak dan juga tidak akan menyalahkan sesiapa... ulasan hanyalah untuk kita renungi dan bincangkan bersama...
dalam penulisan sebelum ini... mungkin ada yang sedar di sebalik ayat yang tersurat ada deathcupid selitkan maksud yang tersirat... disitu ada di bahaskan tentang bagaimana kita cuma dapat mengawal keadaan yang berlaku ke atas diri kita sendiri sahaja... tapi tidak orang lain... dan kita dapat membuat keputusan untuk diri kita... juga tidak orang lain...
memang susah untuk memuaskan hati semua pihak... dan cubaan tersebut mungkin berhasil dan mungkin tidak... kalau berhasil... kemungkinan besar semua pihak akan tersenyum... dan kalau tidak berhasil... masing-masing akan cuba mencari kesalahan... kalau tidak sendiri... mungkin kesalahan orang lain...
untuk secret-admire... cuba kita tafsirkan keadaan tersebut kepada bentuk yang lain...
ramai yang meminati sukan bolasepak... kita cuba hasilkan satu senario darinya...
senario... satu pasukan dari negara Eropah yang di latih oleh John dan satu pasukan dari benua Afrika yang di latih oleh Jane... setiap kali pertemuan... kesudahan perlawanan pasti akan berpihak kepada pasukan dari negara Eropah... tidak kira berapa kali mereka bertemu... kemenangan pasti di pihak yang sama...
untuk menyukarkan keadaan... Persatuan Bolasepak Dunia memutuskan untuk menukar jurulatih bagi kedua pasukan tersebut... ini adalah kerana mereka ingin melihat... adakah pasukan yang menang kerana jurulatihnya... atau mereka sendiri merupakan satu pasukan yang kuat walau tanpa jurulatih...
setelah 2 minggu... mereka mengadakan perlawanan semula... dan keputusan kali ini berbeza... perlawanan berakhir dengan keputusan SERI... satu kesudahan yang mengejutkan beberapa pihak...
end senario... sekarang mari kita kaji... ada 2 kemungkinan dalam senario tersebut...
yang pertama: pasukan dari Eropah menjadi lemah kerana bertukar jurulatih... yang kedua : pasukan dari benua Afrika menjadi semakin kuat kerana bertukar jurulatih...
persoalan: yang mana paling tepat...?
apa yang deathcupid cuba huraikan adalah... dalam hidup ini kita tak selalunya akan dapat yang terbaik yang boleh kita gunakan dalam kehidupan... kita kadang-kala hanya dapat yang kedua atau ketiga terbaik... mengapa jadi begitu... mengapa ada yang terbaik... mengapa ada yang kurang baik... atau... adakah semua itu hanya tanggapan kita semata-mata kerana lumrah sifat manusia yang suka membandingkan dengan apa yang orang lain ada...? persoalan ini akan cuba deathcupid bincangkan dalam topik akan datang... ;-)
apa yang penting sebenarnya... ialah bagaimana kita menggunakan sesuatu yang ada pada kita... iaitu bagaimana kita menukarkan dari sesuatu yang kurang baik... dan menghasilkan satu kesudahan yang lebih baik...
mungkin secret-admire tidak bersetuju... tapi itulah hakikatnya... kita selalu memandang apa yang ada pada kita kurang dari orang lain... dan disebabkan oleh itu kita akan beranggapan hasil kerja kita akan jadi kurang dari orang lain juga... memang persepsi itu betul... tapi... kenapa kita tidak cuba untuk mengubah keadaan tersebut...
memang sukar... tak dinafikan... kalau orang lain boleh menyiapkan kerja tersebut dalam masa yang singkat... kita pula dengan sumber-sumber yang terhad... terpaksa melakukan kerja tersebut dalam tempoh masa yang lebih lama...
bagi deathcupid paling penting adalah usaha... usaha tersebut yang meletakkan kita setaraf dengan orang lain... memang dari segi logicalnya nampak tidak adil... tapi kita tak boleh cepat menyerah kalah... kalau kita sudah tahu... kita akan mengambil masa yang lebih lama dari orang lain... mengapa kita tidak cuba untuk melipat gandakan usaha kita...
seperti pada perenggan mulanya... deathcupid sudah mengatakan yang kita tidak akan dapat mengawal orang lain... kita cuma boleh mengawal diri kita sendiri... kita tidak akan dapat memaksa orang lain untuk menerima hasil kerja kita... tapi kita boleh memaksa diri kita sendiri untuk menghasilkan kerja yang boleh diterima... :-)
dan... untuk berlaku adil... deathcupid akan cuba menghuraikan juga... permasalahan pihak atasan yang kadang-kala di pandang serong oleh orang-orang dibawahnya... tapi... tidak sekarang...
sedikit kata-kata dari mereka yang terdahulu...
'Spectacular achievements are always preceded by unspectacular preparation...' and 'Excellence is to do a common thing in an uncommon way...'
kalau ada yang faham maksud dari senario yang diberikan... bolehlah kiranya berkongsi pendapat anda bersama dengan yang lain dalam ruangan 'comment'...
mungkin ada yang sudah menonton filem 'CLICK' di pawagam sekarang... mungkin ada juga yang sudah mendapatkannya dari internet...
sedutan dari filem tersebut...
bagi mereka yang sudah menonton cerita ini... pasti ramai yang berangan-angan untuk memilikinya... masing-masing terfikir... 'alangkah bagus... kalau aku mempunyai alat kawalan seperti itu... pasti aku dapat apa yang aku mahu...'
memang seronok kalau kita mempunyai kelebihan seperti itu... terasa seperti kita raja di dunia ini... tapi persoalannya... berapa ramai yang mampu untuk menggunakannya ke arah kebaikkan... berapa ramai yang berani jamin yang mereka tidak akan melakukan perkara yang salah...
deathcupid sendiri... sebagai insan biasa... tidak terkecuali darinya... pasti akan terlintas sesuatu yang di luar sifat kelaziman untuk di lakukan... ;-)
tapi... andai kata kita di beri anugerah untuk mempunyai kelebihan tersebut... apakah perkara pertama yang ingin kita lakukan... atau... apakah perkara yang paling penting yang kita mahu lakukan...
mungkin ada banyak perkara yang mampu di lakukan oleh alat kawalan tersebut... tapi cuba kita pecahkan kepada 3 perkara sahaja...
kehadapan (forward)
kebelakang (rewind)
gerak perlahan (slowmotion)
kehadapan
kalau kita mampu untuk terus pergi ke satu masa yang kita amat ingin lihat... adakah kita akan memilih suatu masa di mana...
kita ingin melihat siapakah yang bakal kita kahwini...
kita ingin melihat adakah anak-anak kita telah berjaya..
kita ingin melihat adakah kita akan menjadi seseorang yang disegani...
kita ingin melihat bagaimanakah kita akan meninggalkan dunia ini...
tidak disenaraikan...
kebelakang
kalau kita mampu untuk kembali ke satu masa yang amat bermakna dalam hidup kita sebelum ini... adakah kita akan memilih ketika kita...
kembali bermain pada zaman kanak-kanak yang dulu...
kembali kepada kekasih lama yang masih di ingati...
kembali di waktu kedua ibu bapa kita masih hidup...
kembali ke waktu di mana titik perubahan hidup bermula...
tidak disenaraikan...
gerak perlahan
kalau kita dapat melambatkan masa yang sedang kita lalui... di manakah dan bilakah masa yang terbaik yang ingin kita melakukannya...
ketika kita sedang mendengar khabar gembira...
ketika kita dalam percintaan...
ketika kita menerima anak kita yang pertama...
ketika orang tua kita hendak menghembuskan nafas yang terakhir...
tidak disenaraikan...
pasti seronok sekali kalau kita dapat melakukan perkara-perkara tersebut... mungkin kita berharap sangat ianya boleh bertukar menjadi kenyataan...
tapi hakikatnya... tidak mungkin...
kenapa deathcupid menghuraikan sesuatu yang tidak mungkin...?
jawapannya mudah... deathcupid bukan cuba untuk menggalakkan anda berangan-angan... tapi deathcupid sebenarnya... menggalakkan anda semua... menghargai apa yang terjadi dalam hidup...
dengan memilih satu daripada jawapan-jawapan di atas... sebenarnya kita mempunyai harapan dan impian yang ingin kita capai...
kalau anda memilih untuk ke masa hadapan untuk melihat kejayaan anak-anak anda... mungkin apa yang patut kita lakukan adalah bermula mendidik mereka dari sekarang... dengan harapan kita dapat melihat kejayaan mereka suatu hari nanti... begitu juga pilihan-pilihan yang lain...
setiap apa yang kita inginkan dalam pilihan tersebut sebenarnya merupakan apa yang bakal terjadi... sudah terjadi dan yg masih terjadi dalam hidup kita...
kita sepatutnya berusaha dengan keras untuk memastikan apa yang kita inginkan di masa hadapan...
kita sepatutnya mengenang masa lampau sebagai satu kejadian yang akan mengajar kita mengharungi hidup kita...
kita sepatutnya menghargai apa yang berlaku pada waktu ini... agar suatu hari nanti kita berasa bangga dengan apa yang kita lakukan...
biar apa pun yang kita lakukan... rancanglah dengan teliti dan wajar agar tidak merosakkan masa kini dan akan datang... kitalah yang mencorakkan kain dalam hidup kita... kalau hitam... maka hitam la dia... kalau putih... maka putih la dia...
rancanglah hidup kita dengan baik...agar semuanya berjalan lancar... :-)
'people do not plan to fail... they just simply fail to plan..'
as you can see there's a picture look like a signboard below... if you are wondering what's it meant for... well let's have a look...
the signboard contains a simple sentences... what you should do is to read it loud... say every single word that was writen...
finish...? do you think you say it correctly...? I don't think so... ;-)
if you are wondering why... read again one more time... is there anything wrong with the sentence...? ...if anybody found it... write a comments... but do not tell where or what is wrong with the sentence... :-)
almost everybody can read... and definately who ever on this blog can read... but... do we read then understand...? or... do we just read then forget...
deathcupid is not concentrating on the blog material... but in life generally... there are a lot of time that actually we came across something that we think was less important to us... all this things we put it under category 4 in our important/urgent section... (important/urgent section is one of the topic being describe in the book of '7 Habits That's Highly Effective People' by Stephen R. Covey)
let look at some of the things that can go pass us... without we realizing it... until something happen...
question: how many of us... park our car this morning... and still remember what type of car was beside us... or maybe at least what colour was the car...? why bother: in the evening when you are about to go home... suddenly you realize that there was a small bent at the door... and you know it was the other car who hit it... but... the problem is... do you still remember the car...?
question: we make a call to a customer service and file a complaint regards to something... how many of us will ask the person we talk to... their name...? why bother: the next day... the problem is still unsolve... and so... you decide to call the customer service again... and surprisingly... they said... your complaint was never being filed... and when they ask you... who were you speaking to...? and you can only answer... "it was a lady..."
just a simple things that we call cache sometime... could play a major roles in our life... sometime we did not bother about a few simple things happen around us... we normally just go for the big fish and simply ignoring all the small one...
deathcupid are not saying that we should be in paranoid or skepticles in everything... but let just we all try to be a little bit alert of what happenning around us... try to see things in a different views... try to listen in a different ways... and try to speak in a different manners...
and hopefully one fine day... we will be smilling and say... 'gosh... lucky i still remember it...'
a word from a computer engineer...
'no matter how powerfull a computer can be... it will still need a keyboard...'
sebilangan besar dari kita... tanpa di sedari sebenarnya gemar menunding jari pada kesalahan orang lain... sama ada yang nampak nyata... atau pun sebaliknya...
tak kurang juga yang sengaja mencari kesalahan tersebut... walhal dalam masa yang sama... mereka juga tidak kurang salahnya... cuma faktor masa, tempat dan cara yang membezakannya...
topik kali ini mungkin sensitif... kerana mungkin menyentuh peribadi segelintir dari kita... tapi jauh di sudut hati... deathcupid tidak cuba untuk menghangatkan suasana atau cuba untuk menyakitkan hati sesiapa... apa yang di tulis adalah hasil nukilan peribadi deathcupid sendiri yang entah betul entah tidak... :-)
dua minggu yang lalu... deathcupid berpeluang duduk semeja dengan beberapa orang kenalan yang sudah agak lama tidak berjumpa... topik perbualan awal cuma menjurus pada kenangan-kenangan lama... ada yang menggembirakan... dan ada yang menyedihkan...
deathcupid tertarik apabila mereka mula memperkatakan tentang politik... walaupun deathcupid bukan seorang yang arif tentang politik... tetapi antara fakta-fakta yang di kemukakan oleh mereka... memberi peluang untuk deathcupid berfikir... berfikir tentang... perbezaan antara kain hitam dan kain putih...
asyik sungguh mereka menyangkal segala tindakan yang dilakukan oleh pihak atasan... bagi mereka semuanya tidak betul... semuanya salah... dan dengan relanya mereka memberi berbagai-bagai jalan penyelesaian yang lebih patut dari kacamata mereka... dan deathcupid cuma tekun mendengar... :-)
deathcupid tidak akan membahaskan semua yang mereka sangkalkan... tapi lebih tertarik kepada apa yang tersirat di sebalik kata-kata mereka apabila mereka perkatakan tentang... 'orang dalam'...
'orang dalam' satu istilah yang cukup sinonim dalam memberi bantuan dari berbagai segi mengikut keadaannya... setiap dari kita pasti pernah mendengarnya dan ada yang amat arif tentang maksudnya...
ada juga yang menggantikan perkataan tersebut dengan ayat lain... seperti 'connection' dan 'kabel' dan penggunaan ayat seperti 'lagi besar kabel lagi bagus' bermakna... lagi tinggi atau pentingnya kedudukan 'orang dalam' tersebut adalah lebih baik...
persoalannya... mengapa terjadi percanggahan pendapat tentang hal tersebut... kenapa ada yang suka... dan ada yang tidak... jawapannya mudah... kalau kita rajin berfikir... ;-)
kita cuba tafsirkannya dalam sudut yang berbeza... agar tidak terlalu tepat mengatakan tentang sesuatu atau seseorang...
tafsiran pertama: berapa ramai dari kita yang sedang beratur panjang di kaunter pembayaran... berharap yang kita boleh memotong barisan tersebut lalu terus ke hadapan... atau... dalam masa yang sama... tercari-cari... kalau ada yang anda kenal di bahagian dalam supaya dapat memudahkan kerja anda...
tafsiran kedua: anda pergi ke bank dan beratur panjang... lalu menyedari ada rakan anda yang anda kenal dan memanggil anda untuk terus ke kaunternya... berapa ramai dari kita yang akan terus beratur... dan berapa ramai dari kita terus ke kaunternya...
tafsiran ketiga: berapa ramai dari kita yang sudah mempunyai anak-anak yang sudah membesar berharap... yang kita mempunyai saudara-mara yang bekerja di universiti-universiti terkenal atau pun di bahagian-bahagian kemasukkan...
tafsiran keempat: berapa ramai dari kita yang bekerja... mendapat kerja dari iklan kekosongan jawatan di akhbar atau internet...
ada banyak lagi jenis tafsiran yang boleh deathcupid berikan... tetapi rasanya memadailah dengan empat sahaja... mungkin ada yang sudah faham... dan mungkin ada yang masih tercari-cari maksud yang cuba deathcupid sampaikan...
bagi deathcupid... apa saja yang kita lakukan... kita pasti mempunyai alasan kita yang tersendiri... bagi kita alasan itu cukup kuat untuk menyokong perlakuan kita... yang jadi masalah ialah apabila orang lain... menyalah tafsirkan perlakuan kita... orang lain tidak nampak sebab/kenapa kita melakukan perkara tersebut... yang hanya bermain di fikiran mereka adalah sebaliknya...
bukan nak menyalahkan sesiapa... atau memperbetulkan sesiapa... cuma... kadang-kala... kita perlu berhenti menunding jari pada orang lain... cuma berhenti sejenak dan berfikir... 'bagaimana kalau aku berada di tempat dia...' persoalan yang nampak mudah... tapi belum tentu semua orang dapat melakukannya...
bersamalah kita renungkan...
di akhir pertemuan itu... salah seorang di antara kawan lama tersebut berkata pada deathcupid... 'eh... nak mintak tolong dengan kau la pasal surat sokongan untuk anak aku...' dan seorang lagi berkata 'a ah... aku pun nak mintak tolong kau pasal loan aku...'
dan... deathcupid hanya mampu tersenyum...... .....antara kain hitam dan kain putih...
ada yang menghubungi deathcupid melalui email, online messaging dan juga sms... ada yang mengatakan seronok membaca nukilan deathcupid... dan ada yang mengatakan penulisan itu tidak betul...
walau apa pun hasilnya... yang pasti masing-masing punya pendapat sendiri... dan deathcupid tidak mengatakan yang pendapat deathcupid itu betul...
dari masa ke semasa... apa yang cuba di sampaikan adalah hasil tinjauan dan pengalaman deathcupid hidup dalam dunia sendiri dan perkongsian dengan dunia orang lain...
terlalu banyak perkara dalam hidup kita yang terjadi tanpa kita sedari sebabnya, kesannya dan ada yang di antaranya... kita tak pernah terfikir sebaliknya...
deathcupid bukan hendak membetulkan sesiapa... kecuali diri sendiri... mungkin dengan menulis... kita dapat berkongsi perkara yang terlintas di fikiran kita... tapi tidak orang lain...
kalau ada yang ingin membincangkan sesuatu topik... atau membahaskan topik yang anda rasa lebih tepat... anda boleh hubungi deathcupid sendiri... atau menulis 'comment' di ruangan blog...
mencari kepalsuan dalam kebenaran... mencari kebenaran dalam kepalsuan...
mungkin ada yang tertanya-tanya... kita ni sebenarnya hidup untuk diri sendiri atau untuk orang lain... dan adakah kita hidup dalam dunia kita... atau dalam dunia orang lain...
dan jawapannya... sudah tentu kedua-duanya... ;-)
tapi... bagi deathcupid... dalam sebahagian besar dalam hidup kita... sebenarnya... kita melakukan sesuatu adalah semata-mata untuk orang lain... kalau ramai yang tidak percaya... cuba kita lihat antara rutin hidup kita yang tanpa kita sedari dan tidak pernah terlintas apa yang berlaku di sebaliknya...
... bila kita bangun pagi... kita mandi dan bersiap... untuk ke tempat kerja atau pergi berjumpa buah hati... kita pasti akan mengadap cermin... betul...? antara perkara yang paling penting bagi seseorang lelaki... adalah rambutnya...
dengan penuh semangat... kita membelai... menyisir... dan menyikat rambut kita... dari satu gaya ke satu gaya yang lain... sambil berfikir... "ensem dah nie..." betul...? (bagi lelaki dan segelintir perempuan)
pernah ke kita terfikir kenapa kita menyediakan diri kita sampai sedemikian rupa... adakah untuk diri sendiri... atau untuk orang lain... berapa ramai yang mengatakan 'iyer' dan berapa ramai yang mengatakan 'tidak'...
bagi deathcupid... tanpa kita sedari... kita sebenarnya melakukan aktiviti tersebut untuk orang lain... atau lebih jelas lagi... untuk kepuasan orang yang melihat... apabila kita menyiapkan diri... kita akan berharap orang yang memandang kita terasa puas... dengan gaya rambut kita... betul...?
persoalannya... kenapa kita sikat rambut...? kita bukan dapat melihat rambut kita... dan kita bukan sentiasa membawa cermin untuk melihat rambut kita... seperti mat motor yang menunggang motorsikal... kalau kita perhatikan... apabila dia membuka helmetnya... perkara pertama yang akan di lakukan adalah membetulkan rambutnya... sekurang-kurangnya dia akan menyisirkan rambut dengan menggunakan jari... seperti iklan di televisyen... 'guna jari pun boleh...' :-)
mungkin ada pembaca yang tak boleh terima dengan kenyataan tersebut... tapi itulah hakikat... sekalipun pahit... kita harus menelannya... bukan mengatakan ia salah... dan bukan mengatakan ia betul... tapi itulah kehidupan kita... kehidupan dalam dunia yang di kongsi bersama dengan orang lain...
mungkin ada yang punya pendapat berbeza... ada yang kata itu untuk kepuasan diri walaupun kita tak dapat melihat rambut kita... ada juga yang mengatakan... ia membantu dalam keyakinan diri... sesungguhnya deathcupid bersetuju dengan semua pendapat itu... cuma apa yang ingin di sampaikan adalah sesuatu yang sesetengah dari kita tidak pernah memikirkannya..
cukup sampai sini sahaja buat masa ini... sudah puas memperkatakan tentang lelaki... mungkin deathcupid akan menyambung pula perbincangan seterusnya tentang perempuan... persoalan 'kenapa perempuan berpakaian cantik...? adakah untuk lelaki...?'
jawapannya tidak... ;-)
'bukan kita hidup untuk mencari kebenaran... bukan juga hidup dalam kepalsuan... cuma kadang kala kita tersilap dalam memilih antara yang benar dan yang palsu...'